Saturday, July 23, 2011

TIPS CINTA: Bingkisan Doa buat Pasangan Kekasih

www.tips-fb.com

assalamualaikum..terima kasih pada kawan-kawan yang singgah ke blog ninie..ninie tak berkesempatan lagi nak balas kunjungan beberapa kawan blogger..maaf tau..ninie akan cuba terjah korang semula nanti..entry hari ini, nak share tentang satu doa yang boleh diamalkan oleh pasangan dalam mengekalkan hubungan cinta..sebagai Muslim, kekuatan sebenar kita adalah doa..kadang-kadang ninie rasa pelik sangat-sangat..sebab ada sesetengah pasangan tak kira lah pasangan suami isteri ataupun kekasih, sanggup menggunakan perkhidmatan daripada bomoh untuk mengikat pasangan masing-masing..sedar tak diorang, bomoh itu pun makhluk ALLAH, dan tak ada yang lebih berkuasa dariNYA..

perlu diingatkan juga, walaupun kita dah berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan hubungan cinta, tetapi ALLAH tidak mengizinkan, jangan sesekali menyalahkan takdirNYA..sesungguhnya, DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hamba..konsep redha amatlah penting..meskipun sukar untuk menghadapi situasi dimana kita kehilangan orang yang tersayang, kita kena kuatkan semangat untuk menerima takdir itu..*terdapat segelintir individu yang kufur apabila hajatnya tak tercapai selepas berdoa..nauzubillah..minta kita semua dijauhkan dari semua perkara yang buruk..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang"


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi.....


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.....


Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.....


Ya Allah Ya tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.....


Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untuk hambaMu ini.....


Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun akhirat
Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....


Ya Allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....
AMIN.......AMIN.......YA ROBBAL ALAMIN.....
~ forever love ~

7 tinggalan nota:

Shira Mary Jenn said... Click To Reply!

suka baca entry nieh... ;) ;)


kita hya mampu merancang je kan, Tuhan yg menentukan. bercinta bagai nak rak pon kalo bukan jodoh, xkemana jugak

RHI said... Click To Reply!

ini semua akan terjadi, kalau kita cetek agama...minta2 kita dijauhkan dr sikap kufur ni

hajar said... Click To Reply!

nice n3... :)

Hafizin Jamil said... Click To Reply!

panjang betul doa ni..hehe

Faez Rusni said... Click To Reply!

nice..i also got one entry..huhu

ieza ashaari said... Click To Reply!

tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..

kalau tak mahu rasa pahit perpisahan, jangan pernah cuba merasa manis pertemuan.. :)

iPai said... Click To Reply!

betulah .. banyakkan berdoa .. walaupun doa itu tidak dimakbulkan, mungkin ada perancangan yang lebih baik daripada itu .. InsyaALLAH

tinggal jejak :)