Friday, October 14, 2011

apa sebenarnya cinta tu ??

www.tips-fb.com


yakin dia jodoh kita? atau.....kita sendiri tidak dapat menjangka..

Kebanyakan dari kita salah faham tentang apa itu cinta, kerana kita mendapat pemahaman yang salah. Bagaimana dengan kalian semua ? cuba baca nota ini, dan bandingkan dengan apa yang kalian rasakan..muhasabah diri kembali..

Apakah telapak tanganmu berpeluh, jantungmu berdegup laju,
dan suaramu tersekat saat berada berdekatan dengan dirinya ?
Itu bukan Cinta, itu Suka.

Apakah kamu tidak boleh melepaskan pandanganmu
atau genggaman tanganmu dari dirinya ?
Itu bukan Cinta, itu Nafsu.

Apakah kamu menginginkan si dia hadir saat si dia
tiada di sampingmu ?
Itu bukan Cinta, itu Kesepian.

Apakah kamu ada berdekatan dengannya
kerana itu yang si dia inginkan darimu ?
Itu bukan Cinta, itu Kesetiaan.

Apakah kamu menerima pengakuan cintanya
kerana kamu tak ingin menyakitinya ?
Itu bukan Cinta, itu Kasihan.

Apakah kamu bersama dengannya keranaa si dia memelukmu atau menggenggam
erat tanganmu ?
Itu bukan Cinta, itu Bergantung padanya.

Apakah kamu ingin memiliknya kerana tatapan matanya membuat hatimu berdegup kencang ?
Itu bukan Cinta, itu Tergila-gila.

Apakah kamu memaafkan kesalahannya karena kamu mengambil berat akan dirinya ?
Itu bukan Cinta, itu Persahabatan.

Apakah kamu mengatakan padanya setiap hari bahwa
dialah satu-satunya individu yang kamu fikirkan ?
Itu bukan Cinta, itu Dusta.

Apakah kamu ingin memberikan semua benda kesayanganmu untuknya ?
Itu bukan Cinta,itu Sikap dermawan.



Apa cinta itu sesuatu yang sukar ? tidak…dan kita hanya perlu bertemu dengan individu yang tepat..apa petanda cinta yang sebenarnya ? teruskan pembacaan anda...


Apakah kamu pernah tertarik kepada orang lain tetapi tetap setia mendampingi dirinya tanpa rasa menyesal ?
Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menerima segala kesalahan dan kekurangan dirinya kerana itulah sebahagian dari dirinya ?
Barulah itu Cinta. 
Apakah kamu menangis saat si dia bersedih meskipun sebenarnya si dia kuat untuk menghadapinya sendirian ?
Barulah itu Cinta.

Apakah kamu memaafkannya dan bersedia untuk tetap bersamanya
saat dia menyakiti hati dan perasaanmu ?
Barulah itu Cinta.

Apakah kamu tetap setia walau apapun yang terjadi, baik saat gembira mahupun sengsara?
Barulah itu Cinta.

Apakah kamu bersedia memberikan hatimu, episod kehidupanmu, dan suka dukamu besamanya ?
Ya, itulah Cinta.


16 tinggalan nota:

zaty zulaikha said... Click To Reply!

:) #senyum je dri first bace .

Scha Nazri said... Click To Reply!

insya-Allah. ia cinta. ;)

ninie_azriena said... Click To Reply!

@ZaTy zUlAiKhA huhu..ninie pun sama =)

ninie_azriena said... Click To Reply!

@syAzAnA insyaallah.. =)

Ieqahgajah said... Click To Reply!

waha mcm da dapat cinta jeee.. HEHE.. cumaa tak thu je laa jodoh ke tidak.just berusaha laa

ninie_azriena said... Click To Reply!

@IEQAH usaha, doa dan juga tawakal padaNYA =)

Sya_Merpati Putih 88 said... Click To Reply!

sy masih mencari2 cinta..huhu..
untuk awk,smoga sentiasa berbahagia dgn dia, dan smoga jodoh berkekalan..

ninie_azriena said... Click To Reply!

@Terbang Bersamaku amin..tanks ye sis..moga sis bertemu cinta sis satu hari t =)

Nas said... Click To Reply!

sejak akhir2 ni entri ko makin jiwang2 n cintan2 lak
hehehhee
eh... tak.. sejak dulu mmg da jiwang da :P

ninie_azriena said... Click To Reply!

@nas adess....terkena sudeh.. =___=

RHI said... Click To Reply!

ya itulah cinta...sanggup sesah payah bersamakan?

ninie_azriena said... Click To Reply!

@Yatie Awang yup..pengorbanan demi yang tersayang =)

Azza Azman said... Click To Reply!

Wah cinta... jgan kena cinta nafsu sudah. itu payah sikit..

ninie_azriena said... Click To Reply!

@! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! betul2..=)

Miss uCu said... Click To Reply!

salam ukhwah,sist,miss tetarik dgn entry ni "apa sebenarnya cinta itu"?
boleh i share?

ninie_azriena said... Click To Reply!

@Miss uCu mesti lah boleh..sila2 (n_n)

tinggal jejak :)