Sunday, August 29, 2010

wanita,,sila ambil perhatian!! =)

www.tips-fb.com

sikap wanita yang disukai lelaki


sekadar renungan buat kita semua...


Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lemah-lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak sendiri baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti masalah lelaki itu.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai yang lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.



36 tinggalan nota:

Unknown said... Click To Reply!

erk..
saya pemalu...
takde la laki suka saya ea...
ermm..


nice entry:)

Afiq Bukhari said... Click To Reply!

sy mengidam2kan wanita yg mempunyai semua ciri2 dalam entry ni hehe :)

gnesop said... Click To Reply!

nice info..

tambahan: perpegang kepada ajaran agama :)

momoQue said... Click To Reply!

wah.. same la entry kte nie.. saya penah wat entry nie sebelum nie.. hehe.. thanks ye datang singgah blog kte.. ^^v

ninie_azriena said... Click To Reply!

cik jari: eh..tak da lah..
insyaallah ader lah ty psgn tok cik jari..
smile sis..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

afiq: insyaallah kamu akan berjumpa dengan nyer..
=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

sop: tanks tok info tambahan..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

momoque: huhu..
yeker??
tanks..=)

XYZ said... Click To Reply!

hehe klu ade sume ciri2 kt ats tu kn beshhh hehe

mr.curly said... Click To Reply!

mmg sume tu ptut ade n alhamdulillah wa dh dpt ..

ninie_azriena said... Click To Reply!

missXYZ: huhu
betul2..senang jer nak ngam ti..
takder gaduh2..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

mr.curly: alhamdulillah..
dah dpt jaga lah baik2 ok..
moga epy selalu dgn si dia tersayang..=)

UNICHI YJ said... Click To Reply!

adakah sy tgolong ciri2 itu?
kuikuiiiiiii >.<

ninie_azriena said... Click To Reply!

yanie: insyaallah sis..=)

zalizalu said... Click To Reply!

bagi saya, kebersihan, penampilan dan pegangan agama pon dah cukup untuk seorang wanita.. :P

ninie_azriena said... Click To Reply!

zalizalu: owh..bgs lah camtue..=)

BENA said... Click To Reply!

meng-like! =D

Ain Zulaikha said... Click To Reply!

agak-agak lelaki suka tak dengan perangai saya ni.. hee

Mya Abdullah said... Click To Reply!

i like this entry:)
hehe

tot said... Click To Reply!

info yg bgus ,, i likee :) thanx ^^

ninie_azriena said... Click To Reply!

ribena: ninie like too..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

ain z: huhu..
akan ada someone yang akan suka
dan terima kamu seadanya..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

amy: tanks dear..=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

milo: welcome sis..=)

Nas said... Click To Reply!

actually aku suke ngan gadis yang berperangai keanak2kan tapi takdela gedik2 sangat..
hehehe..
aju suke gak gadis yang pemalu2 sikit..
tapi overall aku ske ngan ske gadis yang wajahnya sedap dipandang..ehehehee.e.e

ninie_azriena said... Click To Reply!

nas: haha..
ni banyak permintaan nie..
moga bertemu dengan si dia lah yerk..
(n_n)

Un Phat Lee said... Click To Reply!

tambahan: reti mengurut.badan gua selalu lenguh2 nih.ehe XD

Pisyek said... Click To Reply!

pisyek suka yang er... yang suka pisyek la.. hehe...

ninie_azriena said... Click To Reply!

un phat lee: tanks tok info tambahan tue..huhu..

ninie_azriena said... Click To Reply!

pisyek: huhu..
betul2..

LaNuNsepet said... Click To Reply!

emmmm...
betul2..
suka yg keanak anakkan..
tu yg lanun geram.

ninie_azriena said... Click To Reply!

lanun: owh,,camtue yerk??
hrp2 jumpa lah yerk..=)

nabilahhuda said... Click To Reply!

saye sukeeeeeeeeeeeeeeee :)

ninie_azriena said... Click To Reply!

bell: ninie suka juga!!! =)

Mario said... Click To Reply!

ooo...baru tau...ekeke

ninie_azriena said... Click To Reply!

mario: huhu..bgs2 dah tau..=)

tinggal jejak :)