assalamualaikum semua..tertarik sangat-sangat dengan satu artikel yang ninie baca di laman TENTANG CINTA..isu tentang "Bagaiman Mewujudkan Pertengkaran yang lembut"..ninie rasa tips-tips yang dibincangkan memang berguna dan dapat mengelakkan kita daripada berterusan bermasam muka dengan pasangan..yelah, takut juga kalau gaduh lama-lama, hilang pula seri cinta tu..
setiap pasangan tak kan lari dari terlibat dalam pergaduhan..tak kira lah apa pun sebabnya, itu semua seakan lumrah..kadang-kadang dengan pergaduhan juga, kita dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan dan kita akan lebih mengenali dirinya..,dah bertengkar, mesti kita akan saling memujuk dan di situ lah timbulnya rasa sayang yang mendalam terhadap pasangan..
berbalik pada tips yang ninie nyatakan seperti tajuk di atas, sebenarnya terdapat pelbagai tahap pertengkaran di antara pasangan dan bagaimana nak wujudkan pertengkaran yang lembut ?? jom baca tips-tips di bawah.. insyaallah, setiap pertengkaran akan diakhiri dengan ucapan "aku maafkan dirimu" (n_n)
Elak bercakap panjangDalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
Tiada dendam dalam percintaanSelalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.
Jangan mencari kelemahan pasanganSekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.
Jangan melibatkan hal lainJangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.
Jangan bertindak secara fizikal“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.
Usah menjauhkan diriInsan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.
macam mana ?? dah jumpa jalan penyelesaian ?? tak pasti ?? tak salah kan kalau mencuba..berbekalkan usaha dan tawakal kepada ALLAH, insyaallah, hubungan cinta yang terbina akan kekal selamanya..amin..(n_n)
*kredit : TENTANG CINTA
21 tinggalan nota:
betul tu. kalau buat semua benda ni, habislah gaduh tak habis. saya selalu diam je. huhu.
gud tips..:)
sgt berguna. thanks . sy n dia stiap hri msti ade je x kene. x phm lah die tu. hmmm ;(
@.izzati liyana. kena banyak bersabar :)
@mrs.asrafovic tanks dear :)
@Honey Daa sabarlah sis..tu semua dugaan..setiap pasangan ada ujian masing2 :)
ary setuju sangat2 :)...Thank tips nie ye ninie
@ary anwari welcome ary :)
muhasabah diri sendiri dulu.. baru sedar kita pun byk kurg.. :)
@izfanora betul sis..kena sedar kelemahan diri sendiri :)
done!haha
@cik zaza good girl zaza :)
saya takda pasangan untuk dibawa bertengkar...huhu
@muz someday muz boleh guna juga tips2 ni :)
gud tips.anyway nak cakap juga suke blog awk yang comel-comel gitu...;)
betul2..sgt setuju dgn tu...
@coklatberapi wa..tanks sgt2 ye :)
@Cik Ceria sama-sama kita praktik kan :)
sya xbole terima klau ade lelaki yg mengasari perempuan..ppuan bukan utk dikasari tp utk dimanjakn hehe
@iMBobo bgs lah macam tu =)
saya sokong part jauhkan diri itu .. jangan sesekali back off .. perlu dibawa berbincang masa tgh fresh .. kalau tak semuanya takkan dapat berbincang baik2 ...
tp kalau sampai ke tahap yg tegang, memang masing2 kene tenang dan berbincang dgn lebih baik lg ..
Post a Comment