Sunday, July 25, 2010

♥ kisah isteri yang solehah ♥

www.tips-fb.com

tadi ninie terbaca satu cerita
kat blog kawan
terharu sangat-sangat bila baca
ninie rasa kawan2 yang lain mesti rasa apa yang ninie rasa
jom kita kongsi sama-sama ye..


baca sampai habis.baru tahu cerita sebenar:)

SAYANG, IZINKAN ABANG KAWIN LAGI

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin
hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang
diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah
keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,”
masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

” Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama1 hari saja,boleh?” pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”

”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah
lama hidup dengannya. abang faham,”
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya?

Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

*************************

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahu ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

bipp bipp… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abang yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang…

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang… Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

************


p/s: tanks to sis amira coz sudi kongsi cerita ni dengan ninie
cerita ni memang betul2 menarik..
harap dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan..



52 tinggalan nota:

NIA said... Click To Reply!

menarik.thanks for sharing:)

syufaa said... Click To Reply!

terharu bce cite ni.
byk pengajaran nye. :)

Amira is mira said... Click To Reply!

ur welcome:)

Dc said... Click To Reply!

tajuk mcm pames jerr:) hehehe
panjg sgt n tulisan colorful pla..heheh
so kna bc dgn teliti lah mksd nyee:)

krole said... Click To Reply!

ya Allah terharu krole mmbace enti ni..tq sudi share wak...

kaizen shinobi said... Click To Reply!

perghhhh tersangat2 menarik.!

memang menyentuh hati...

sangat susah mencari pengganti sebaik aliyah~

huh~ harap2 aq tidak akan pernah tergerak hati menduakan cinta... fuh~

ninie_azriena said... Click To Reply!

sizukadeboss: welcome sis..(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

syufaa: betul tue..
tocing jer baca..

ninie_azriena said... Click To Reply!

amira: huhu..
sharing is caring sis..
tanks a lot...(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

dc: hehe..sajer jer ninie wat camtue
nak sowh dc tenung n hayati betul2 tau..

(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

krole: welcome..
yg baik kita kongsi sama2..(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

kaizen: hehe
amin..
insyaallah ty kaizen dapat yg bek mcm aliyah..

Dc said... Click To Reply!

4 inci lg mata Dc nak sentuh screen ne:(( mak ai..klu sllu mcm ne guna 4 mata lah Dc=P hehehe

MaryamJamilah said... Click To Reply!

Alamak... sedey ye.. tapi teringat cerite from kawan.. Selagi manne kite mengizinkan, selagi mane kite menilai keburukan diri sendiri, maka poligami itu takkan terjadi akhirnye :)

Un Phat Lee said... Click To Reply!

cayalah.gua baca sampai habis beb.best2. B)

ninie_azriena said... Click To Reply!

dc: haha..
lek dc..bergaya aper pki spek..
comel jer tau..(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

maryam: huhu
betul tue..mmg cdey kan cter nyer..
tak sumer pompuan sanggup poligami

ninie_azriena said... Click To Reply!

un phat lee: tanks sudi luangkan masat ok baca yer,,
moga kita semua dapat manfaat dari cerita tu..

Unknown said... Click To Reply!

Sungguh mulia hati aliyah... :)Alangkah bahagia dunia jika ramai wanita sepertinya...:)

Belalang hijau Perisik said... Click To Reply!

pernah baca citer nih...
mmg gud dia punya moral story...
so kene pikir la dosa sendiri pun x tertanggung,ini ada hati nak tanggung dosa isteri yang mcm tuh...

ninie_azriena said... Click To Reply!

yaya: tu lah
harap kita boleh jadi setabah n sebaik aliyah,,

ninie_azriena said... Click To Reply!

belalang hijau: tu lah..
takut sgt2..
cter ni mmg best

PencariCinta said... Click To Reply!

Saya masih belum berumah tangga...so, xtahu bagaimana nak menghayati(^_^). Namun akan saya jadikan iktivbar untuk masa hadapan. Insya Allah(^_^)

[muni] said... Click To Reply!

terharu lah baca cerita neh ninie..
macam mana la nak jadi isteri yang solehah,,macam xmampu je :(

sweetsal said... Click To Reply!

hebatnye citer...tabah sungguh hati Aliyah..ada ke perempuan yg sehebat dia?

ninie_azriena said... Click To Reply!

pencaricinta: ye..
betul sgt2..boleh wat pedoman masa kan dtg..

ninie_azriena said... Click To Reply!

munie: we can dear..
insyaallah..try jadi yg terbaik
walau pun tak mampu DIA sentiasa ader dekat ngan kita..
smile girl..(n_n)

ninie_azriena said... Click To Reply!

sweetsal: ader kowt..
ntah ah..ninie pun tak tahu..

Unknown said... Click To Reply!

thanx ninie!

sgt menarik
teruja
& hampir menangis (^_^)

ninie_azriena said... Click To Reply!

izzah: welcome dear..
yg baik jadikan teladan
yg buruk jadikan sempadan k..

(n_n)

anatayuni said... Click To Reply!

nice story...
teringin nak jadi mcm aliyah..;)

ninie_azriena said... Click To Reply!

anatayuni: insyaallah..
kita boleh jadi cam aliyah...

Cahaya Kehidupan said... Click To Reply!

Ya Allah, bgusnya aliyah ni....patut dicontohi akhlaknya..TQ ninie sudi share citer ini.=]

ninie_azriena said... Click To Reply!

yaty: welcome dear..
insyaallah..kita boleh jadi macam aliyah..

(n_n)

Mellyana Sara said... Click To Reply!

opst~ menangis plak baca...thanks dear share kan. :)

semoga kita semua mampu mencontohi Aliyah... :)

aien said... Click To Reply!

thanks sharing..

terharu baca citer nie..

alangkah bagus kalau mampu menjadi sperti aliyah.. ^__^

ninie_azriena said... Click To Reply!

camelia: amin...

ninie_azriena said... Click To Reply!

@ien_r@z: insyaallah..
kita boleh sis..

Kiko Berdendang said... Click To Reply!

Madu tu memang la manis, tapi jadi madu tu pahit amat katanya....nak share laki..uiii...

SFarhana said... Click To Reply!

pernah baca cite ni. Sedih!
mahu jadi isteri yg baik, tp errr mcm x sanggup plak bermadu. HEHE

Shannice said... Click To Reply!

singgah sini.. tak da chatbox ke??

ninie_azriena said... Click To Reply!

kiko: tulah..
ntah kuat ntah tidak kalow kita
kat tempat aliyah

ninie_azriena said... Click To Reply!

tina: huhu..

ninie_azriena said... Click To Reply!

shannice: ader lah dear..
kat yg wrne merah tue

Illiana Hidayah said... Click To Reply!

nice! sweet!
pengajaran utk diri saya sendiri..
perlu jadi yang terbaik untuk memastikan insan lain menikmati indahnya hidup...
tinggal pesan utk kaum adam leh..? hargailah insan yang dianugerahkan utkmu..mereka yg ditakdirkan utkmu dari tulang rusukmu sendiri.. :)

Nurna said... Click To Reply!

thanks for sharing...tersentuh hati baca cerita ni...bila lah saya nak jadi macam aliyah...harap2 1 hari nanti kita mampu jadi sehebat aliyah....
^^

ninie_azriena said... Click To Reply!

illiana hidayah: huhu
tanks dear

ninie_azriena said... Click To Reply!

nurna: insyaallah..
amin...

RerameUngu said... Click To Reply!

thanks sharing this story...amat bermakna..

ninie_azriena said... Click To Reply!

rama2ungu: welcome dear..

(n_n)

...Aimi Zawiyah Azahari... said... Click To Reply!

ninie...
sedihnya i bace cite ni...
nak mintak izin utk print n bagi hubby bace...
n nak share gak kat blog kalau leh...
tapi dont worry...
nanti i link kan ke blog ninie...
tapi kalau x izinkan never mind...=)

ninie_azriena said... Click To Reply!

love2bemagnifique: mesty ah boleh sis..
silakan lah
mmg nak kongsi ramai2..

(n_n)

tinggal jejak :)