Sunday, May 20, 2012

Jodoh - Usah Mencari Yang Terlalu Sempurna ♥

www.tips-fb.com

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL 

nota cinta: saya hargai kehadiran awak dalam hidup saya..moga jodoh kita ada..amin..(n_n)

credit to blog tinta pena naura

8 tinggalan nota:

syazwani 'atiqah said... Click To Reply!

mcm kene kt diri sendiri jer.. -_-

Gary Asip said... Click To Reply!

nice!! :) betul tu... tiada yang sempurna... cukuplah yang memahami... :)

Cik Zeeyta said... Click To Reply!

yup..
btowll..
xder sper yg sempurna di dunia nie.
msg2 ader kelemahn & kelebihan

adianiez AIDA said... Click To Reply!

hi hi teringat plaks time bercinta cintun dulu dgn mr.husben bila baca post ninie ni. lama gaks aida bercinta ~ 4-5 tahun before nikah. best! different time bercinta & da kawin. da ada anak lagi beza!!! aida da nak masuk anak 3 ni hah, lagi la relationship kami tambah beza dgn rempah ratus yg ntah apa-apa ha ha ha...
kurang time nak pujuk-memujuk di antara satu sama lain. kita merajuk pun dia da tak perasan! sibuk melayan rajuk anak-anak pulak. masa bersama pun da kurang. makan tak lagi bertentang mata. kena bergilir makan :) adegan suap-menyuap jer la skit skit hi hi hi...

ninie_azriena said... Click To Reply!

@syazwani 'atiqah huhu..jadikan peringatan untuk diri sendiri dan org lain =)

ninie_azriena said... Click To Reply!

@GaRy™ yup..tak de yg sempurna =)

ninie_azriena said... Click To Reply!

@Cik Zeeta betul3x..setuju =)

ninie_azriena said... Click To Reply!

@adianiez AIDA alolo..sweetnya akak..moga bahagia dgn anak2 dan suami ye =)

tinggal jejak :)